DAFTAR TRADEMARK (MYIPO)




Sekiranya anda nak register trademark untuk jenama sendiri, boleh ikut langkah ini.

Ada dua jalan yang anda boleh buat jika nak buat pendaftaran trademark.

1. Pendaftaran secara personal

- Pertama sekali anda perlu pergi ke Pejabat Pendaftaran MyIPO di Bangsar, KL. Boleh waze atau google maps. Di bahagian ground floor.
- Isikan borang application of registration TM5 dengan lengkap.
- Pilih code trademark yang sesuai dengan produk. Contohnya code 25 untuk clothing.
- Anda kene cop dengan pesuruhjaya sumpah. Berdekatan dengan MyIpo pun ada. Seberang jalan. Nanti boleh tanya orang di kaunter.
- Selesai, masuk ke kaunter balik dan lakukan pembayaran sebanyak RM415 termasuk GST. Pastikan terima resit.

2. Pendaftaran melalui agent sah Myipo

- Kenali dengan betul agent-agent tersebut sebab kebelakangan ni ramai yang hanya mulut manis, janji masin pahit.
- Hanya bagi maklumat pribadi, dan logo atau jenama yang mahu di trademark.
- Transfer duit siap-siap dengan bayaran yang diminta. Pastikan minta resit.
- Selesai.

Selepas melakukan pembayaran untuk borang regestration TM5, biasanya 2 hingga 6 bulan di 1st stage untuk formality checking. 

Kadang-kadang tu awal jugak. Ada yang 2 bulan dah lepas 1st stage, depend on efficiency of MyIPO Officer lah. Ini standard procedure MyIPO.

2nd stage pula untuk search and examination ( ini menentukan samada layak atau tidak jenama anda untuk diregisterkan ).

3rd stage akan dapat Acceptance Letter. Tu pun kalau lepas stage 2.

4th stage untuk opposition dalam masa 2 bulan untuk gazzet.

Ketika stage yang ke-4 ni akan keluar satu borang iaitu borang TM31 di mana anda perlu membayar RM650 dalam masa 2 bulan. Jika lambat, anda akan dikenakan penalti dan permohonan akan dibatalkan.

Jika anda buat sendiri, anda perlu reply surat tu besertakan cek. Kalau pakai agent, transfer jelah.

Biasanya mengikut masa yg diberikan untuk proses sehingga dapat sijil untuk boleh gunapakai ® adalah 12 bulan.

Jika anda buat sendiri, anda cuma perlu keluarkan duit sebanyak RM1+++. Jika pakai agent, anda perlukan duit RM2+++.

Kalau saya, saya dah cuba dua dua. Kalau taknak pening, pakai jer agent. Tak payah nak turun naik nak fikir pasal failing untuk register trademark ni.

Setakat ni 4 brand selamat diregister.
1. EMPAYAR KERABAT®
2. SexyStesp™
3. Ngopi™
4. Waterloka™


Surat declaration TM1 untuk perlantikan agent

Registration form TM5 

Statutory declaration siap cop pesuruhjaya sumpah

Resit yang patut anda terima

Ni ketika stage 2 nak masuk ke stage 3
Yang ni dah lepas stage 4

Tunggu laa sijil ni sampai. Baru boleh letak ®

Ni flow perjalanan..

sumber : Arifaeez Aqram Arifinan

Top of Form
DAFTAR TRADEMARK (MYIPO) DAFTAR TRADEMARK (MYIPO) Reviewed by SaiDin.S on April 20, 2019 Rating: 5

Post Comments

Powered by Blogger.