Analisis Instagram



WEBSTA

Khas pemain insta, di sini ada tak yang nak tau insight instagram? Selalu kita boleh lihat insight yang di beri insta, tapi yang ni kita boleh lihat insight di komputer melalui 1 website ni.

Atau dah ada yang tau?

Website WEBSTA adalah salah satu tools untuk dapatkan suatu data tentang :

1. Overview 


contoh insta 

Kita boleh lihat perkembangan insta adakah ada pertambahan follower, like atau komen.

2. Engagement Rate (E.R)




Bagi saya, bahagian ini sangat penting. Korang boleh letakkan penanda aras( benchmark ) disini.
Nak dapat 50% ke atas, rajinkan post, dapatkan banyak like dan komen.

Engagement Rate dikira berdasarkan jumlah like dan komen dari 20 post yang terkini, dibahagi dengan jumlah follower insta korang.


3. Optimize 



Bahagian sini best. Kita boleh lihat masa post yang terbaik(Best time to post). Waktu apa yang banyak interaksi follower kita dan hari apa yang follower kita view insta, like dan komen insta.

Jadi korang boleh buat kajiselidik. Cuba post setiap jam atau selama seminggu. Disitu kita boleh lihat mana data yang bagus.

Semakin besar bulatan, bermaksud kepadatan (density) tinggi. Engagement sangat bagus.

Dah dapat data, korang simpan untuk rujukan nanti.


TIPS LAIN


Hashtags

Jika setiap post disertakan Hashtag ( # ), korang boleh view melalui hashtag. So, disini korang boleh buat segmen follower yang ada. Adakah post #lawak lebih banyak like atau komen berbanding post #taubat ? Nak tau  buat ujikaji.

Manage my post

Pada bahagian engagement rate. Kalau anda meletakkan benchmark (tanda aras), sebagai contoh, anda nak engagement atas 50%,  di sini lah korang perlu beri perhatian.

Bahagian density. Apa kegunaan density?

Part ni pun penting juga. Part ni dia bagitau hari yang mana dan waktu yang sesuai untuk menerima like dan komen. Dikira dengan menambah jumlah like dan komen, dibahagi dengan jumlah post. 


REVIEW PERIBADI 

Kalau nak cari hashtag atau user insta, boleh guna web ni. Nak eksperimen insta korang pun boleh. Boleh tahu hari dan waktu yang sesuai untuk kita post.

Nak sign in pun sangat mudah. Boleh sign in guna Insta sendiri.

Boleh daftar DISINI

Kalau kita nak lihat insta orang lain pun boleh, kita boleh lihat Engagement Rate dorang sekali. 

Saya ada buat carian #HICOS. Disini kita boleh liat jumlah hashtag yang digunakan, insta setiap carian nama HICOS.

carian HICOS

Sebenarnya dengan website percuma ini kita boleh mengoptimumkan insta kita ke tahap yang lebih baik. Sebab nak optimumkan insta ni kita perlukan data-data yang diperlukan. Dah dapat data tu, kita jadikan penanda aras kita. 

Kesimpulannya bagi saya, WEBSTA ini sangat la BAGUS !!!

Analisis Instagram Analisis Instagram Reviewed by SaiDin.S on July 19, 2017 Rating: 5
ads
Powered by Blogger.