Dinner In The Sky - Kota Kinabalu Sabah



Bagi yang ingin mengalami makan malam 50 meter di atas tanah, korang boleh mengunjungi ke Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu.

Ingin merasai pengalaman dinner yang paling unik?

Dinner ketinggian 50 meter/150 kaki dari atas tanah?

Jom rasai kelainan makan malam di Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu dengan "Dinner in The Sky".

Check it out dengan video teaser mereka.


Memang best kan? Siapa  yang tak nak makan terawang-awang dari atas tanah. Kalau bagi couple berkahwin, kira ini advantage korang la. Hadiahkan mereka dengan pengalaman ini. 

Memang sudah biasa orang buat candle light dinner kan?

Tapi kalau sebut "Dinner in The Sky", yang dengar pun kagum. Tapi bukan pasal makan di langit. Sila teruskan pembacaan. hahahaha

Menu apa yang dihidangkan nanti?

Mereka akan hidangkan menu Starter iaitu kerang, udang dan salad sotong yang dicampur dengan asparagus. Sos Romesco Musculin dan perahan lemon. 

Makanan Utama ada 3 jenis pilihan yang akan dihidangkan. Ada ayam dengan keju caciotta, daging
lembu dari Australia dengan kacang panggang pistachio dan salmon fillet(dari Norway) dengan krim sos mustard beserta hidangan sayuran.

Kebanyakan makanan western yaa.. Kalau nak cari makanan kampung, nasi goreng kampung, pegi cari kedai mamak. Nasi Goreng USA pun jangan harap ada.

Makanan tanpa pencuci mulut atau dessert memang tak akan lengkap. 

Dessert : Chocolate and Apple Mousse on Sable Breton Coockie, Laced with Star Anise Cream Chocolate Pralines

Dah tau TEMPAT, dah tau MENU, mesti korang nak tahu 1 benda kan?

HARGA

RM 349 (Hari biasa)
RM 399 ( Hujung minggu + 1 gambar)

Tempoh makan : 1 JAM

Makanan : 3 jenis makanan dengan Starter, Main course dan dessert


TEMPOH

01 August - 03 September 2017


BERMINAT? HUBUNGI MEREKA DI :

Website    : http://www.dinnerinthesky.my/?p=event
Facebook : https://www.facebook.com/skydinnermalaysia/









Ini gambar mereka yang pernah pergi dinner tu. 

Sumber gambar : thecuriostraveller




 Boleh lihat sunset laa









Masih berminat nak pergi? atau simpan minat tersebut?

Tanya diri dan tepuk wang poket korang.


Dinner In The Sky - Kota Kinabalu Sabah Dinner In The Sky - Kota Kinabalu Sabah Reviewed by SaiDin.S on August 14, 2017 Rating: 5
ads
Powered by Blogger.