The Miracle Pine ( Keajaiban Pokok Pine )
Pokok yang terselamat dari tsunami Jepun pada 2011 sebelum mati enam bulan yang lalu,kini dibina semula sebagai monumen kepada 19,000 mangsa bencana tersebut
- Satu-satunya pokok dari 70,000 pohon yang terselamat dari Tsunami di Jepun
- Pokok ini mati sejak 6 bulan yang lalu disebabkan perubahan alam sekitar
- Dibina semula sebagai sebuah monumen sempena ulang tahun kedua
- Bencana tersebut menyebabkan 19,000 mati atau hilang dan leboh dari 300,000 tidak rumah
Pokok setinggi 88 kaki adalah satu-satunya pokok yang masih hidup dalam hutan dari 70,000 yang telah musnah apabila tsunami melanda Rikuzentakata, wilayah Iwate.
Bencana tersebut berlaku pada 11 Mac, 2011, menyebabkan hampir 19,000 orang mati atau hilang dan lebih daripada 300,000 kehilangan rumah.
Dalam Ingatan: Gambar 'Pokok Pine' selepas ia telah dipulihkan dan dibuat sebagai monumen menjadikannya ulang tahun tsunami 2011 di Rikuzentakata, Iwate Prefecture
Pokok tersebut juga pernah terselamat dari tsunami pada tahun 1896 dan 1933, meninggal dunia enam bulan yang lalu disebabkan perubahan alam sekitar di kawasan tersebut.
Untuk Membentuk monumen Pokok pain,pokok yang asal telah ditebang.Acuan gergasi telah dibuat dalam usaha untuk mewujudkan kembali pokok yang asal dimana ia berdiri selama 173 tahun.
Penduduk di kepulauan tersebut tidak berpuas hati dan menuduh kerajaan tidak melakukan usaha yang cukup untuk melakukan proses pemulihan semula.
Kira-kira separuh daripada mereka adalah pelarian dan dipindahkan dari kawasan berhampiran Fukushima Dai-ichi nuklear dimana reaktor tersebut mencair selepas sistem penyejukan telah dilumpuhkan oleh tsunami.
Terselamat: Satu-satunya pokok yang masih berdiri di hutan dari anggaran 70,000.
Kukuh : Pokok berusia 173 tahun sebelum ia mati.18 bulan selepas bencana - yang merupakan tsunami ketiga ia terselamat.
Sebelum: Pandangan udara menunjukkan Kesennuma,wilayah Miyagi pada 12 Mac, 2011, sehari selepas tsunami, dan pada bahagian kiri adalah kapal penangkapan ikan No 18 Kyotokumaru vesel yang telah dihanyutkan dari pelabuhan berdekatan.
Selepas: Kesennuma,wilayah Miyagi,gambar pada 4 Mac, 2013 Kapal vesel penangkapan ikan kekal tetapi serpihan telah dibersihkan.
Sumber sepenuhnya - Resource
The Miracle Pine ( Keajaiban Pokok Pine )
Reviewed by SaiDin.S
on
March 12, 2013
Rating:
No comments: