Antara
misteri dunia yang masih membingungkan para sejarawan dunia ialah
mengenai sebuah tanah yang bermana Punt. Punt, atau nama lainnya Pwenet
atau Pwene merupakan lokasi kepada sebuah tanah misteri yang dicari oleh
seorang pemerintah Mesir terkenal, iaitu Ratu Hatshepsut.
Pada
tahun 1500 SM, kira-kira 3000 tahun yang lalu, pemerintah mesir ini
telah membuat satu pelayaran ke Tanah Punt. Ini telah dicatat di
piramid-piramid Mesir. Kisah Pelayaran ini juga dirakam dalam The
Egyptian Book Of The Dead.
Punt merupakan sebuah tanah yang
sangat kaya dengan emas, dan KEMEYAN. Dikatakan bangsa Mesir mempelajari
mengenai Kemeyan daripada orang-orang Punt.
Tahukah anda bahawa antara tempat yang dicalonkan oleh para sejarawan
mengenai Punt ini selain daripada Benua Afrika ialah Kepulauan Melayu,
yakni di Nusantara ini?
Antara hujah yang menjadi pegangan
mereka ialah sebuah ukiran di dinding Mesir mengenai seorang raja Punt
bernama Raja Perahu dan isterinya, Ratu Hati. Apa yang mengejutkan
mengenai mereka berdua ialah si lelaki diukirkan memakai keris dan
isterinya memakai potoh? Untuk pengetahuan semua, potoh merupakan
pakaian rasmi diraja untuk bangsa Melayu sehinggalah ke hari ini.
Juga, panglima yang mengiringi Raja Hati dikatakan memakai tanjak, dalam erti lain mengikat kepala mereka. Boleh lihat gambar ini:
Seni
bina di Punt juga menjurus ke arah seni bina rumah kayu Melayu. Kajian
Antropologi menunjukkan bahawa seni bina rumah Punt yang digambarkan di
dinding kuil Hatshepsut tidak langsung mempunyai ciri-ciri rumah di
Afrika. (Gambar di bawah)
Tambah mengejutkan, dalam sebuah buku
yang bertajuk The Shipwrecked Sailor, penulisnya mengatakan bahawa
lokasi Punt terletak di sebuah kawasan yang berpulau. Kalaulah lokasi
Punt itu terletak di pantai laut Afrika, maka secara tidak langsung,
teori Afrika sudah terbatal.
Terdapat ukiran di dinding kuil
ratu Hatshepsut menunjukkan lokasi Punt terletak di antara persimpangan
jalan perdagangan beberapa tamadun besar dunia. Lokasi yang dinamakan
itu tidak syak lagi terletak di Nusantara memandangkan Nusantara ini
terletak di laluan perdagangan antarabangsa antara China dan India.
Ada sesuatu lagi yang menguatkan hujah bahawa Punt terletak di
Nusantara iaitu jangka masa yang diambil oleh kapal-kapal Hatshepsut
sangat lama untuk kembali ke Mesir. Rekod mengatakan bahawa mereka hanya
tiba ke Mesir sewaktu tahun ke-5 pemerintahan Hatsheptsut. Bayangkanlah
di manakah lokasi tersebut? Kalaulah terletak di Afrika, tidaklah
mengambil masa selama itu.
Persoalan yang saya mahu bangkitkan
kepada kalian, seberapa LAMAKAHKAH USIA TAMADUN MELAYU kalau pada 3000
tahun yang lalu sudah berdiri gagah sehingga menarik perhatian sebuah
tamadun yang membina sebuah PIRAMID!
Punt / Pwenet / Pwene
Reviewed by SaiDin.S
on
April 12, 2013
Rating: 5