Grumpy Cat Bakal Berlakon

Grumpy Cat bakal ke layar perak

Selepas berjaya menempa populariti sekelip mata sehingga dikenali di seluruh dunia, Ratu Kucing Muram iaitu Grumpy Cat bakal ke layar perak pula!

Menurut laporan Collider, penerbit Todd Garner dilaporkan sedang dalam usaha untuk menghasilkan filem berkisarkan Grumpy Cat atau nama sebenarnya Tardar Sauce yang akan menyerupai seperti filem "Garfield" dimana ia boleh bertutur.

http://image.toutlecine.com/photos/g/a/r/garfield-le-film-2004-02-g.jpg

"Ia bermula dengan gambar seekor kucing. Anehnya imej yang jarang sekali dilihat berjaya mencetuskan komedi di kalangan ramai. Kami merasakan kami boleh menghasilkan satu jenaka keluarga hebat menggunakan karakter ini."

Grumpy Cat sememangnya mempunyai tarikan ramai apabila ia mempunyai lebih 965,000 'likes' di laman sosial Facebook dan pernah dinamakan sebagai kucing paling berpengaruh oleh MSNBC.

Garner bakal bekerjasama dengan syarikat produksi Broken Road dan juga wakil Grumpy Cat, Ben Lashes dan Al Hassas.

Mari kita tengok lawak Si Grumpy Cat..

http://s1.ibtimes.com/sites/www.ibtimes.com/files/styles/article_slideshow_slide/public/2013/03/12/grumpy-cat_2.jpg

http://f.kulfoto.com/pic/0001/0040/81lT139364.jpg

https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRjJjTJ08B46qFLBDzGMTLowUl-e391Mp3QCDOYLwfCZPebDEw-



Sumber
Grumpy Cat Bakal Berlakon Grumpy Cat Bakal Berlakon Reviewed by SaiDin.S on June 04, 2013 Rating: 5
ads
Powered by Blogger.