5 Gunung Yang Mempunyai Pemandangan Paling Cantik
Bagi peminat hiking yang ingin bercuti di Korea, mungkin 5 gunung ini perlu kamu daki. Lupakan Pulau Jeju, lupakan Running Man dan lupakan segala yang berkaitan KPOP.
Bagi warga Korea, hiking (dengsan=Bahasa Korea) adalah aktiviti wajib bagi mereka. Mereka biasanya dengsan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Memang cantik pemandangan di gunung ini. Rugi laa tak hiking disana.
Rancang masa yang sesuai untuk mendaki. Masa yang terbaik adalah sekitar musim luruh
(September-November) kerana anda boleh lihat pemandangan semulajadi.
Ini antara gunung yang popular di Korea Selatan.
1)Seoraksan (설악산)
Pada ketinggian 1708 meter, Daecheongbong adalah puncak tertinggi Seoraksan, dan menjadi kegemaran semua pendaki termasuklah pendaki-pendaki baru. Popular dengan landskap gunung batu yang cantik di puncaknya, diikuti dengan air2 jernih mengalir di lembah-lembah sepanjang denai menjadikan kawasan ini Taman Negara tercantik di Korea di bawah pengawasan UNESCO. Disebabkan struktur gunung yang sangat luas, terdapat pelbagai laluan (trail) yang boleh digunakan bergantung kepada kesukaran dan masa.
2)Bukhansan (북한산)
Bandar besar Seoul, mempunyai tujuh gunung di dalam dan sekitarnya. Tetapi yang paling besar di antaranya adalah Bukhansan, sering kali digelar “paru-paru Seoul” kerana peranan yang dimainkannya dalam membantu mengurangkan kadar karbon dioksida CO2 dalam bandar.
Mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk ke Baegundae iaitu puncak tertinggi di Seoul (836 meter) bermula dari Bukhansanseong Hiking Support Center adalah salah satu laluan yang paling popular. Cukup curam untuk mencabar fizikal, berserta pemandangan menakjubkan daripada puncak membolehkan kita melihat seluruh bandar Seoul. Juga sesuai dan boleh didaki walaupun untuk aktiviti kasual hujung minggu.
3)Taebaekssan (태백산)
Pengasas legenda kerajaan purba Korea Goguryeo, kononnya dilahirkan pada gunung yang dipanggil Taebaeksan. Di Janggunbong iaitu puncak setinggi 1567 meter, terdapat Cheonjedan iaitu satu altar di mana pada suaatu masa dahulu, digunakan untuk menjalankan upacara ketuhanan.
Taebaeksan sangat menonjol pada musim sejuk apabila pohon-pohon diselaputi dengan salji putih. Terkenal dengan gelaran “bunga salji” dalam kalangan masyarakat Korea. Tidak kurang hebatnya ketika musim luruh, keadaan akan menjadi lebih melankolik dan menyebabkan perasaan kita menjadi tenang dan sedikit emosi. Daun-daun yang kekuningan dan cuaca musim luruh menjadikan gunung ini sesuai untuk didaki.
4)Jirisan (지리산)
Jirisan adalah gunung yang terbesar antara gunung-gunung lain di Korea juga dikenali sebagai gunung tertua. Mempunyai taman yang merangkumi banyak puncak gunung, menjadikannya Taman Negara terbesar di Korea (484 kilometer persegi). Puncaknya yang tertinggi iaitu Cheonwangbong (1,915 meter) adalah puncak kedua tertinggi selepas Hallasan.
Dipercayai ‘semangat musim luruh’ dapat diperolehi jika mendaki melalui lembah-lembah yang cantik, seperti Piagol Valley yang sangat indah di bahagian selatan. Bermula daripada Yeongok Hiking Support Centre dan berjalan sepanjang lebih kurang lima jam ataupun berlenggang untuk menikmati keindahan alam.
Gambar lain Gunung Jirisan yang cantik ni, boleh KLIK DISINI.
5)Hallasan (한라산)
Hallasan merupakan bekas gunung berapi yang membentuk sebahagian besar daripada Pulau Jeju, juga adalah puncak tertinggi di Korea Selatan (1,950 meter). Hallasan lebih gemar untuk didaki ketika musim sejuk keranya strukturnya yang berbeza dengan gunung-gunung di semenanjung Korea. Tetapi itu tidak bermakna tiada yang mendaki ketika musim luruh, bekas gunung berapi atau aliran lava menghiasi landskap gunung ini menjadikan gunung ini sebagai pilihan pendaki sepanjang musim.
Ramai pelawat bermula dari Pusat Pelawat Taman Negara Hallasan dan berjalan sepanjang Eorimok Trail, tetapi laluan ini tidak akan membawa anda ke puncak, di mana Baeknokdam iaitu tasik kawah yang berada di bahagian atas gunung. Sebaliknya Seongpanak Trail, yang bermula pada Seongpanak, menuju ke arah timur, agak sukar dan akan menguji kesabaran sepanjang lima jam, namun ia akan membawa anda ke tasik tersebut.
P/S : SUMBER TEKS , SUMBER IMEJ(GOOGLE)
5 Gunung Yang Mempunyai Pemandangan Paling Cantik
Reviewed by SaiDin.S
on
June 28, 2017
Rating: