Arus Ombak - Pesisir Pantai ( HATI-HATI )

Diagram shows how waves approaching shore are deformed by sandbar on the ocean floor, and then make a u-turn to form a current flowing back out to sea.

Bagi yang suka mandi di pesisir pantai, share maklumat ini. Jadikan sebagai panduan korang. Bagi yang belum pernah mandi di pesisir pantai, mesti korang akan rasa seronok sangat kan.

Tapi perlu diingatkan, korang perlu berhati-hati, lebih-lebih lagi jika jumpa laluan arus laut ini.
Jangan fikir korang mandi beberapa meter dari  pesisir pantai, korang boleh gembira.

Mohon jangan gembira.

Pertama sekali korang perhatikan laluan arus laut. Arus air sebegini akan menarik apa sahaja dari pantai ke laut.

Bagaimana kenal pasti?


Arus air laut berada di pertemuan ombak. Korang boleh nampak ada bahagian arus laut yang tenang. Tiada ombak langsung.



Cara lain nak kenal pasti, terdapat kawasan di mana ombak tidak pecah.




Apa akan terjadi jika mandi di situ?

Korang akan diseret ke laut. Kalau korang bukan jenis tahan nafas yang lama, bukan penyelam, elakkan berada disini. Jika anda pandai berenang, ia akan jadi 1 kelebihan bagi korang. Tapi masih perlu berhati-hati.



Bagaimana lepaskan diri dari arus sebegini?




1. Jangan panik dan jangan lawan arus. Lawan arus korang akan cepat kehabisan tenaga. Terus bernafas, sentiasa jaga kepala anda di atas air.

2. Ikut atau berenang ikut arus sehingga arus tidak lagi kuat.

3. Berenang ke kiri atau ke kanan. Jauhi dari aliran arus tadi. Baru berenang ke pantai.


Semoga bermanfaat.

SUMBER : https://scijinks.gov/rip-currents/

Arus Ombak - Pesisir Pantai ( HATI-HATI ) Arus Ombak - Pesisir Pantai ( HATI-HATI ) Reviewed by SaiDin.S on July 04, 2017 Rating: 5
ads
Powered by Blogger.