TIPS MENDAKI GUNUNG

Bagi mereka yang baru menjinakkan diri.


Image result for daki gunung

1) CARI GUNUNG YANG TIDAK TERLALU TINGGI. 


Seperti yang kita lihat pada hari ini aktiviti mendaki bukit dan gunung sudah menjadi satu trend tidak kira peringkat umur terutamanya remaja. Sangat bagus untuk anak muda membuat aktiviti sosial yang bermanfaat dan tidak membuang masa. Walau bagaimanapun, memilih bukit atau gunung yang lebih rendah perlu diberi keutamaan kerana semakin tinggi gunung yang didaki, semakin berisiko untuk anda ditimpa musibah. Contohnya seperti sesat, kesejukan di satu-satu ketinggian gunung dan sebagainya. Maka, sesuaikan diri anda terlebih dahulu dengan dunia hiking dan jangan pernah malu untuk belajar dari mereka yang lebih berpengalaman.

2) PELAJARI DAN AMBIL TAHU MENGENAI GUNUNG YANG INGIN DIDAKI. 


Setelah memutuskan salah satu gunung yang bakal didaki, langkah berikutnya mencari informasi sebanyak-banyak tentang gunung yang bersangkutan. Di internet banyak sekali pendaki yang mencoretkan pengalaman mereka di blog peribadi dan anda boleh membacanya untuk mendapatkan informasi yang lebih detail.

Beberapa hal yang penting untuk diperhatikan pastinya mengenai kondisi jalur pendakian. Dapatkan gambaran suasana dan bagaimana jenis trek yang bakal anda lalui nanti serta lokasi punca air. Sesetengah gunung memerlukan keizinan dan permit daripada jabatan perhutanan. Pastikan anda mempunyai permit dan maklumkan aktiviti pendakian anda di balai polis yang berdekatan.

3) PILIH JALUR ATAU TREK UMUM SAHAJA. 


Ada sesetengah gunung mempunyai jenis trek lebih daripada satu. Pastikan anda memilih dan melalui trek yang umum atau yang biasa pendaki gunakan. Kecuali anda datang bersama mereka yang telah biasa dan pernah melalui trek yang berlainan tersebut. Ingat, mendaki gunung bererti kita akan berjalan di hutan belantara. Jika sampai tersesat risikonya amat tinggi sekiranya kita tiada pengetahuan tentang survival. So, safety can be fun.

4) MENDAKI PADA HUJUNG MINGGU. 


Hal baiknya ialah gunung tersebut pasti lebih cenderung ramai dengan kunjungan pendaki-pendaki lain. Ini dapat mengurangkan risiko untuk anda sesat jalan. Sudah tentu anda akan bertemu dengan ramai orang dan juga dapat kenalan baru. Betul kan?


5) TERIMA PELAWAAN RAKAN. 


Jika ada rakan anda yang hobinya naik gunung lalu dia mengajak anda untuk mendaki, sila berfikir dua kali sebelum anda menolak pelawaannya. Mendaki bersama orang-orang seperti ini membuat pengalaman mendaki kita lebih seronok. Biasanya mereka mempunyai skill untuk memasak nasi dan lauk pauk sehinggakan anda tak perlu risau tentang hal makan minum anda kerana rakan anda yang akan uruskan semua itu. Mereka biasanya lebih maklum mengenai kondusi badan dan tahap kita sewaktu mendaki. Pastinya mendaki dengan rakan yang telah kita rapat membuatkan kita lebih enjoy dan bebas untuk melakukan sesuatu.


6) BERSUKAN UNTUK MENCARI FITNESS. 


Jika anda jarang bersukan, mulai untuk melakukannya sebelum mendaki. Kebiasaannya berjogging merupakan aktiviti yang paling mudah untuk anda buat bagi mengawal pernafasan dan kekuatan kaki. Pastinya kekuatan kaki menentukan suksesnya anda dalam sesuatu pendakian itu.


7) BAWA MAKANAN MANIS DAN MEMBERIKAN TENAGA. 


Misalnya coklat atau coki-coki kerana ianya mengandungi kalori yang tinggi untuk memberi bahan bakar bagi tubuh kita saat mendaki. Letak dan simpan di tempat yang mudah diambil contohnya di kocek seluar atau poket sisi bag. Buah epal juga menjadi kegemaran para pendaki sewaktu ontrek selain ianya tidak memerlukan anda untuk bawa pulang sisa atau biji epal.

8) BAWA PERALATAN LENGKAP TAPI TAK PERLU BELI SEMUA. 


Suatu hal penting yang patut anda elakkan jangan meminjam barang orang lain. Misalnya head lamp, kalau sudah diberi pinjam, bagaimana pula si pemberi nanti nak guna. Sleeping bag juga memberi peranan penting bagi melindungi kita dari hawa dingin di gunung sewaktu bercamping.

Walau bagaimanapun, jika kewangan tidak mengizinkan untuk anda melengkapi sesetengah keperluan, beritahulah hasrat anda itu kepada rakan-rakan lain yang tidak menggunakan pada tarikh yang sama anda pergi mendaki.

9) SEBOLEH MUNGKIN UNTUK MENGENAKAN PAKAIAN MENDAKI. 


Pakaian apa saja memang boleh untuk dikenakan sewaktu mendaki. Namun begitu pakailah pakaian yang bersesuaian misalnya kain jenis microfibre dry fit kerana jenis kain ini mudah serap peluh dan cepat kering. Mana tahu hari hujan sewaktu anda melakukan aktiviti mendaki. Pemakaian seluar juga amat penting, jangan sesekali memakai jeans, kerana selain sulit untuk kering ianya membuat anda tak leluasa untuk bergerak.

10) BAWA PEN DAN KERTAS. JANGAN CORET-CORET DI BATU. 


Sudah menjadi satu kebiasaan bagi para pendaki untuk melakarkan coretan atau tulisan apabila tiba di puncak. Pastikan anda menulis di atas kertas bagi melakarkan nama anda misalnya dan jangan sesekali anda mencotengkan di atas batu. Jadilah seorang pendaki yang bertanggungjawab dan bertamadun.


SUMBER :
Silent Hiker's
TIPS MENDAKI GUNUNG TIPS MENDAKI GUNUNG Reviewed by SaiDin.S on July 10, 2017 Rating: 5
ads
Powered by Blogger.