STARBUCKS DAN MCDONALD MENYOKONG REJIM KEKEJAMAN ISRAEL?




Saya lebih kepada sifat terbuka, menerima pandangan dari sudut kacamata orang lain. Memang lain orang lain pendapat dan kajiannya. 

Ini ulasan dari Tuan Syed Saddiq mengenai Starbuck dan McDonald.


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

1. Adakah benar mitos Starbucks dan McDonald menyokong rejim kekejaman Israel? Setiap kali kita ingin boikot Israel, dua bisnes inilah yang akan menjadi sasaran utama. Namun, adakah tindakan kita betul? #IniAdalahThread

2. Baru-baru ini McDonald Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menyumbangkan dana kepada Israel. Perkara ini disokong dengan pemegangan saham 100% rakyat tempatan dan pemegang saham terbesar adalah Muslim.

3. Jika kita selidiki, McDonald ini sebenarnya dibenci di Israel. Ini kerana McDonald Israel yang dipegang oleh Omri Padan langsung tidak mahu membuka cawangan di mana-mana tanah rampasan Israel.

4. Israel bertindak dengan memanggil rakyatnya untuk memboikot McDonald dan menyokong penyaingnya, Burger Ranch. McDonald masih lagi bertegas dengan polisi mereka di Israel.

5. Macam mana pula dengan Starbucks. Starbucks dahulunya dikecam teruk kerana CEOnya, Howard Schultz adalah berbangsa yahudi dan pernah menerima anugerah dari Israel.

6. Namun, Starbucks semenjak 2003, tidak membuka cawangan di Israel. Lebih mengejutkan lagi mereka hanya beroperasi di negara berdekatan iaitu Lebanon dan Jordan.

7. Ini dengan jelas menunjukkan polisi Starbucks yang tidak setuju dengan tindakan Israel. Untuk operasi mereka di Timur Tengah, mereka beroperasi bersama kumpulan MH Alshaya WL, sebuah syarikat Kuwait.

8. Tiada sebarang bukti kukuh yang boleh kita kaitkan McDonald dan Starbucks menyokong perjuangan Israel. Ini dikukuhkan dengan nama kedua-dua syarikat ini tidak disenarai dalam list BDS.

9. BDS ini adalah gagasan terbesar dalam usaha memboikot syarikat yang menyokong Israel. Ini link yang menunjukkan mereka tidak menyaran kita memboikot McDonald.


10. Jadi, nilailah sendiri sama ada tindakan kita memboikot dua buah syarikat ini yang rata-ratanya memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia ialah tindakan yang benar atau salah. Jangan memboikot melulu sehingga memberikan kesan kepada kita sendiri.

-Syed Saddiq-



Post Asal : https://www.facebook.com/syed.saddiq.1/posts/10155437106679794
STARBUCKS DAN MCDONALD MENYOKONG REJIM KEKEJAMAN ISRAEL? STARBUCKS DAN MCDONALD MENYOKONG REJIM KEKEJAMAN ISRAEL? Reviewed by SaiDin.S on December 22, 2017 Rating: 5
ads
Powered by Blogger.