Sanding Celah Bangunan
SANGAT RARE!!
Apabila kita ingin menjimatkan kos persandingan, dari berbelas-belas senarai, satu-persatu kita akan buang.
Bagi pasangan pengantin dari Kulai, Johor mereka memilih untuk bersanding dicelah bangunan dan bukannya di dewan yang tertutup dengan penuh penghawa dingin(aircond).
Gambar-gambar majlis persandingan ni di ambil dari laman twitter Mohd Hafiszi Ngadmin, 33, dan pasangannya Nornadiya Arjudin, 30.
Menurut Hafiszi, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih lokasi berkenaan untuk melangsungkan hari bersejarahnya.
"Sebenarnya kami nak sewa villa atau homestay, tapi pemilik tak benarkan kami langsungkan majlis kahwin di situ.
"Isteri saya pula tinggal di pangsapuri. Jadi agak susah untuk buat majlis melibatkan tetamu yang ramai.
"Akhirnya saya dapat ilham untuk buat majlis di celah bangunan yang mana ia sebenarnya bersebelahan lokasi kafe adik saya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.
Menurut Hafiszi lagi, majlis yang berlangsung pada Sabtu lalu itu bermula pada pukul 8 malam dan dihadiri hampir 300 tetamu.
Dalam majlis itu, Hafiszi sah menjadi suami kepada Nornadiya dengan sekali lafaz sahaja.
Selepas akad nikah, majlis diteruskan dengan upacara bersanding, makan malam dan sesi beramah mesra dengan tetamu.
Tambahnya lagi, majlis yang dirancang dalam tempoh sebulan itu melibatkan kos sekitar RM10,000 sahaja.
"Selain kanopi, pelamin dan makanan, saya juga beli karpet untuk tetamu makan bersila.
"Sebenarnya majlis macam ni lebih santai. Dalam ruang yang tak begitu besar, senang kami nak beramah mesra dengan semua tetamu," ujarnya.
Dia yang juga pengusaha bengkel kereta sudah empat tahun berkenalan dengan isterinya.
Dalam pada itu, foto perkahwinannya mula tular setelah dimuat naik ke laman Twitter oleh sahabatnya menerusi akaun @sheikh_obaid.
Malah, ia turut menerima pujian daripada netizen yang rata-rata kagum dengan pemilihan lokasi berkenaan.
"Tak sangka pula kat situ pun boleh jadi tempat bersanding, 'nice'," tulis Nurdalilanazri.
"Real ni weh? aku rasa ni majlis kahwin paling unik tahun ini," tulis seorang lagi pengguna Twitter.
Sehingga kini, tweet yang dimuat naik sejak Sabtu lalu sudah pun diulang kicau (retweet) lebih 6,000 pengguna Twitter.
sumber asal : www.mstar.com.my
Sanding Celah Bangunan
Reviewed by SaiDin.S
on
April 26, 2018
Rating: