The Most Beautiful Thing (TMBT) 50KM
Pertama kali masuk, alhamdulillah habis dengan bawah cacatan Cut Of
Time(COT) dalam masa 14 jam 48 minit 1 saat. Masa yang diperuntukkan untuk
menghabiskan TMBT 50KM ni adalah 16 jam. Bermaksud, bermula jam 06.00am dan
habis pada jam 10.00pm.
Dengan keadaan latihan yang sebenarnya tidak mencukupi, kiranya saya
sangat bertuah menghabiskan acara tersebut sebelum jam 10.00 malam.
Disebabkan saya menganti pelari yang mengalami serious injury, tempoh untuk saya training sangat tak mencukupi. Secara rasmi dalam 28hb July 2018.
Training
Kenapa training tak mencukupi? Sebab saya training untuk stamina, lupa
untuk bahagian mendaki bukit. hahahaha
Tapi kira okk la juga, nasib ada latihan route untuk Labuan 3 Trail
dalam 17KM (tapi saya habiskan dalam 15KM sahaja).
Jumlah KM dari penghujung bulan Julai-Ogos, hampir dalam 50KM (49KM +)
saya training. Tu pun larian flat road saja.
Persediaan mental
Part mental ni penting. Berkali-kali baca manual laluan TMBT 50KM, masih
lagi belum cukup. Search youtube, TMBT lepas, masih lagi tak cukup. Sebab tidak
mengambarkan route yang sebenar. Last sekali, tawakal saja. Tanamkan dalam
pikiran, biar laluan macam mana pun, kena habiskan. Part mental ni penting. Tu
belum lagi saya banyak berzikir time mental down betul. Tu part lain cerita.
Course Description 50KM
Gambar sekitar larian dari Garisan Permulaan sehingga ke W3.
Pemandangan Gunung Kinabalu. Beruntung orang Kota Belud.
Tiba di W1 pada 07.49am.
Banyak naik bukit gaiss.
Disangka W2. hahahaha
Curam nak daki bukit. Ni baru sebahagian.
Tiba di sungai ni dalam 08.56pm. Masih laluan antara W1 - W2.
Selfie tu penting. Tak mungkin kau akan ikut larian begini tahun depan lagi. hehehehe
Air punyalah sejuk sangat.
Sini best. Banyak sungai, banyak la jugak jambatan gantung.
Tiba di W2 dalam 09.25am
Ada puding jagung.
Waterstation 3.
Kalau
diikutkan dalam W3, di Kg Lobong-lobong memang mau tarik diri (DNF). Waktu ni
memang sudah mental. Dengan keadaan kepala lutut sakit, kaki pun terasa
penatnya. Nak sampai ke W3 ni, laluannya mendaki ke atas saja. Berapa kali saya
duduk berehat, sambil minum 100plus.
Dari mana
datangnya 100plus tu, setiap route ke Water Station, akan ada penduduk tempatan jual
makanan dan minuman. Jadi tak la kehausan kekurangan tenaga.
Sampai ke W3 dalam 12.15pm
Di kg
Lobong-lobong ni la saya ambil banyak masa untuk rehat. Dalam rehat 20 minit di
sinilah mental kembali pulih. Cuba pujuk hati, takkanlah sejauh 30KM ni mau
tarik diri. Bila lihat peta, untuk sampai ke stage 4, Kg Lobong-lobong ke Kg
Kiau Nulu, jaraknya Cuma 7.5KM saja. Ohh okk, tak la jauh sangat.
Kena rehat lama untuk body & soul refreshment.
Cuba untuk
regangkan balik kaki, masih boleh jalan, sakit pun kurang. Okk, kena teruskan
juga. Tapi di sini tak sangka pula jumpa orang Labuan, tapi ambil 100KM.
Perjalanan
ke Kg Kiau Nulu ni yang tragis. Di sini jumpanya tongkat kayu yang tolong
sampai ke Kg Kiau Nulu dan Pekan Nabalu. Rugi betul tak ambil gambar tongkat
kayu tu.
Take 5 sebentar. Beruntung cuaci waktu ni tak berapa terik sangat.
Banyak tanaman nenas di sini.
Di waterstation
4 pun ambil masa rehat. Waktu sampai dalam jam 03.23pm. Tapi tak boleh lama.
Cukup dalam 15 minit. Sebab ikut map, jarak ke Pekan Nabalu dalam 11.1KM. Waktu
ni saya estimate masa kena sampai ke Pekan Nabalu sebelum jam 06.00pm. Cukup ka
2 jam lebih tu? Tak pa, kena cuba dulu. Yess.. itu ayat memujuk hati. Bila hati
suda ragu-ragu macam tak cukup masa, waktu ni la kena yakinkan.
Entrance W4
Tiba di W4 03.23pm
Minuman 100plus, maggi cup, nenas, pisang dan lain-lain
Laluan
yang terakhir ni la yang membuat sakit jiwa. Laluan tu kalau turun, menjunam
terus ke bawah. Ada laluan tu kalau naik, naik terus ke atas. Laluan ni yang
membuatkan kaki kiri sampai sakit. Dan laluan sini la, dalam 6KM ke garisan
penamat, kena tempuhi waktu malam. Laluan ini la, jiwa dan mental dah out.
Asal naik 5
langkah, kaki kena rehat. Duduk rehat 5 minit. Begitu la seterusnya sampai ke
SK Pekan Nabalu. Waktu malam, pikiran akan set 1 saja. Kena habiskan. Sebab,
kalau tarik diri tak dapat. Sebab last Waterstation di Pekan Nabalu. Mau tak
mau kena habiskan. Waktu ni jam dah habis bateri, jadi tak tau bawah COT atau
lebih COT.
Sampai
garisan penamat moment best. Bersyukur sangat. Dengan keadaan kaki yang tempang,
dapat habiskan juga 50KM. Terus jumpa medic. Dan besoknya terus ke Klinik.
Syukur la cuma ligament saja yang sakit.
Kenangan
TMBT 50KM sangat best. Berlari di Kota Belud dengan pemandangan Gunung
Kinabalu. Dari W1 ke W5, kebanyakan runners bagi morale support. Bila saya
terduduk rehat, runner akan tegur, okey ?
Ada yang
tanya jauh lagi? Wallahualam saya jawab. Pertanyaan ni popular waktu laluan
akhir tu. Ada yang jawab 1KM lagi, saya jawab 800 meter lagi, tak lama lagi mau
sampai sudah. Padahal masih jauh lagi.
Lepas habis, peralatan akan di periksa.
The Most Beautiful Thing (TMBT) 50KM
Reviewed by SaiDin.S
on
September 11, 2018
Rating: