TIPS Kenali Jenis Kaki Anda Sebelum Membeli Kasut

Sumber Haphapsports
Pada umumnya kaki manusia sebenarnya mempunyai 3 jenis, iaitu normal foot, flat foot dan jugak high arch foot. Ketiga – tiga jenis kaki ini mempunyai kemampuan yang berbeza dari segi menjejak, menapak serta berjalan.
Pemilihan kasut sukan terutama running shoes berdasarkan jenis kaki perlu diambik kira untuk keselesaan dan keselamatan si pemakai.
Jenis Bentuk Kaki


Kaki Rata (Flat Feet)
Jenis kaki ini dapat dilihat dari jejak kaki yang tidak mempunyai lengkungan dari ibu jari sampai ke tumit. Orang yang memiliki flat feet ini dipanggil pronator iaitu cara melangkah kaki ke arah dalam ketika berjalan dan berlari.
Kasut sukan yang sesuai untuk orang yang memiliki flat feet adalah kasut jenis overpronator atau biasanya ditulis dengan memiliki spesifikasi stability atau motion control. Iainya direka untuk memberi lebih kestabilan kepada si pemakai.

Kaki Normal (Neutral / Normal Feet)
Jenis kaki ini kebanyakkan dimiliki oleh setiao orang. Cara nak mengenali normal feet adalah lengkungan normal yang terbentuk dari ibu jari hingga ke tumit. Kebiasaanya orang yang memiliki kaki jenis normal tidak mempunyai masalah khusus ketika berjalan atau berlari. Secara tak langsung, kaki jenis ini boleh memilih untuk memakai semua jenis kasut tetapi tidak digalakkan untuk memakai kasut yang direka khas untuk flat feet and high arch feet.

Kaki Lengkung (High Arch Feet)
Mudah sahaja untuk mengenali jenis kaki high arch ni, lihat sahaja lengkungan yang terbentuk antara ibu jari hingga ke tumit. Jika lengungan besar dan memiliki garisan halus itu bermaksud anda memiliki kaki jenis high arch. Orang yang memiliki kaki jenis ini biasanya memiliki kebiasaan underpronator, atau berjalan kearah luar. Kasut yang sesuai digunakan adalah jenis kasut yang cushioned atau flexible supaya kaki dapat menapak dengan sempurna. Dengan pemilihan insole yang tepat, anda tidak akan mudah penat dan terhindar daripada kecederaan.

4 Langkah Mengetahui Jenis Kaki

1. Siapkan kertas dan bekas yang diisi air.

2. Celupkan salah satu kaki anda ke dalam bekas yang telah disisi air.



3. Pijak kaki anda di atas kertas selama 5-10 saat supaya cetakan tapak kaki sempurna.


4. Tentukan jenis kaki dan kasut perdasarkan cetakkan tapak kaki anda.


5. Tentukan jenis kaki dan kasut perdasarkan cetakkan tapak kaki anda.



TIPS Kenali Jenis Kaki Anda Sebelum Membeli Kasut TIPS Kenali Jenis Kaki Anda Sebelum Membeli Kasut Reviewed by SaiDin.S on February 14, 2019 Rating: 5
ads
Powered by Blogger.