TAZKIRAH SENTAP UNTUK PASANGAN SUAMI ISTERI
Betullah
tu. Dulu wanita tidak bekerja. Skrg sama-sama kerja. Konsep perlaksanaan dah
berubah.
Kalau dengar
orang tua apabila suruh cari isteri, antara alasan dan nasihatnya:
"Ada
orang jaga makan pakai kau.."
"Nampaklah kau terurus sikit.."
"Dapat makan sedap. Balik rumah semua terhidang.."
"Taklah teruk sangat kena kerja.. Ringan banyak beban tu kalau beristeri
nanti.."
Ini antara
sebab yang biasa saya dengar daripada nasihat orang tua kepada lelaki yang bujang
tentang KENAPA MEREKA PERLU BERKAHWIN.
Ya, yang
banyak ditekankan kepada orang lelaki apabila berkahwin adalah FAEDAH dan OPPORTUNITY yang lebih baik mereka akan dapat jika mereka
berkahwin, sehingga perkahwinan ini akhirnya tertanam sebagai sesuatu yang
MUDAH dan TEMPAT MENGAUT FAEDAH untuk lelaki.
Kahwinlah..
Ada orang gosokkan baju. Kalau dulu bersiap untuk ke tempat kerja jam 5.30 pagi
sudah bangun, sekarang, jam 6.30 pagi bangun pun masih sempat. Sebab? Baju dah
siap seterika. Yeah, kahwin maknanya boleh dapat tidur extra.
Kahwinlah..
Ada orang siapkan makan pagi. Kalau dulu, bangun pagi lambat, asyik tak sempat
nak makan. Sampai ke 11 pagi baru sempat sarapan. Kalau kahwin, bangun-bangun
lagi dah terus boleh makan.
Dah
siap makan, tinggalkan saja pinggan mangkuk cawan di meja makan dengan isteri.
Pandailah dia uruskan. Kita? Acah-acah gelabah sebab dah terlambat. Isteri
lambat? Tak apa, itu masalah dia. Pandai-pandai dia jawab dengan bos dia. Yeah,
kahwin bermakna dapat lebih kebebasan masa.
Kahwinlah..
Tak perlu lagi dah makan di luar. Mahal dan tak dijamin bersih! Kalau
berkahwin, balik rumah makanan sudah terhidang, boleh makan sedap-sedap.
Belanja pun jimat. Jimat bukan sebab makan di rumah saja, tapi kadang-kadang
boleh buat-buat lupa beli barang dapur. Ada isteri tolong top up dan belikan
segalanya. Yeah, kahwin untuk kita dapat extra duit belanja.
Kahwinlah..
Boleh tidur nyenyak. Dulu kena set jam nak bangun Subuh. Subuh pun selalu
terlajak. Sekarang. Tak apa. Ada isteri yang PERLU BANGUN lebih awal, ulang
alik 3, 4 kali kejut dan kejut sampai suami bangun. Dulu, kalau tidur balik,
terlajak bangun! Lambat ke tempat kerja. Dah kena marah dengan bos. Kalau dah
kahwin, tak apa tidur semula, pandai-pandailah isteri datang berkali-kali kejutkan
kita macam kanak-kanak tak faham bahasa. Yeah. Kahwin maknanya kita boleh
kembali jadi kanak-kanak Ribena.
Jadi,
kahwinlah wahai lelaki. Kerana urusan kita akan banyak dipermudahkan. Kahwin
memang best!
Tak hairan,
lepas berkahwin, lelaki “bertambah senang”. Perempuan? “Bertambah bengang”.
Makin lama
lelaki kahwin, makin menjadi-jadi miang. Maklumlah, kahwin ini urusan senang.
Bila-bila pun boleh sembang tentang nak tambah lagi seorang. Urusan senang,
kan? Hari-hari dia sembang bila nak tambah lagi seorang.
Perempuan? Di
rumah dah macam medan perang. Semua benda dia perlu uruskan. Jaga anak yang tak
pandai jaga diri. Jaga suami yang tak pandai jaga diri juga. Beban kewangan,
pendidikan anak-anak, urusan pertukangan di rumah, urusan sekolah anak-anak dan
segalanya. Tapi tak apa, memang wanita diajar macam itu dari dulu lagi.
"Apabila
dah berkahwin, tak macam dulu lagi.. Kita kena berkorban.. Hidup kita berubah
100% dan sangat mencabar.. "
"Kahwin ni, tak boleh berkawan sangat dah.. Suami itu raja, jaga suami
macam jaga raja.. Dunia lain dah tak ada buat kita. Ada suami
saja.."
"Kalau dah kahwin, jangan susahkan suami. Layan suami dan seluruh keluarga
dia. Jangan bagi dia buat apa-apa, isteri solehah dia yang buat
segalanya."
"Jaga suami elok-elok. Kau kena pandai jaga diri. Bukan jaga diri je,
pandai jaga suami apatah lagi.. Suami lari, kau yang berdosa!"
Ini
perbezaan antara 2 pesanan tentang 1 tanggungjawab yang sama, tetapi kepada 2
golongan yang berbeza.
Wanita
dipesan perkahwinan sebagai medan berkorban.
Lelaki dipesan perkahwinan medan mengambil kesenangan.
Hasilnya,
kepincangan yang kita lihat dalam institusi rumah tangga kita pada hari ini.
Hal ini
menjawab kenapa wanita banyak berkorban dan TERKORBAN selepas berkahwin.
Perkahwinan
adalah medan lelaki menambah kesenangan, menurunkan kesusahannya kepada sang
isteri. Dan perkahwinan bagi perempuan adalah medan pengorbanan, meninggalkan
segala kesenangan dan KETENANGAN diri dan bersusah-susah untuk suami.
Ini adalah
gambaran perkahwinan yang tempang dalam masyarakat kita.
Budaya ini
perlu dihentikan. Islam tidak pernah ajar bahawa perkahwinan adalah suatu yang
MUDAH BAGI SUAMI. Ya, perkahwinan adalah sesuatu yang BERAT DAN MENAMBAH BEBAN
buat suami, bukan tempat membuang beban ke bahu isteri.
Anak
perempuan diajar, perkahwinan sesuatu yang berat dan susah buat mereka. Anak
lelaki diajar, perkahwinan adalah sesuatu yang indah dan senang buat mereka.
Maka,
lahirlah KONFLIK TANGGUNGJAWAB di dalam institusi kekeluargaan.
Suami menjadi
lebih wanita dari sang isteri. Isteri menjadi lebih lelaki dari sang suami.
Hakikatnya
yang perlu kita ajar kepada generasi kita.
PERKAHWINAN
ADALAH SUSAH DAN BERAT BAGI SEORANG PEREMPUAN, DAN PERKAHWINAN ADALAH SESUATU
YANG JAUH JAUH JAUUUUH LEBIH SUSAH DAN BERAT BAGI SEORANG LELAKI.
Mengapa jauh
lebih susah bagi lelaki?
Kerana ALLAH
meninggikan darjat lelaki dan menjadikan mereka KETUA keluarga, kapten kapal
yang bertanggungjawab atas SEGALANYA, sedang wanita cumalah anak kapal yang
menumpang kebijaksanaan, kegagahan dan kehebatan ketua kapalnya. Sebagai
pembantu, bukan sebagai pengemudi segalanya.
Biar lelaki
faham, hakikat dan maknanya bila dia ambil anak dara orang untuk dijaga dan
dididik. DIBUAT TEMAN BAIK. BUKAN DIBUAT BIBIK.
Biar wanita
juga faham, hakikat dan maknanya apabila dia disunting seorang lelaki. Untuk
dikasihi, untuk disyukuri, untuk dikhidmat seikhlas hati dalam POLA GIVE AND
TAKE, DAN BUKAN POLA PARASITISME yang
paling banyak berlaku pada hari ini.
Kepincangan
rumah tangga dalam masyarakat kita pada hari ini, antara puncanya adalah
kesilapan warisan ini yang memberi pesan dan fahaman kepada lelaki, bahawa
perkahwinan bukan medan menabur bakti, tetapi perkahwinan adalah medan kau
diperaja dan memperguna sehingga LUNYAI kudrat seorang isteri.
Ini adalah
kesilapan warisan yang mesti kita hentikan.
Generasi ibu
bapa zaman kini, harus BERIKAN GAMBARAN SEBENAR tentang perkahwinan SECARA ADIL
kepada anak-anak.
Perkahwinan bukan
parasitisme SEORANG HIDUP DAN SEORANG LAGI AKAN MATI, tetapi perkahwinan,
adalah PERKONGSIAN HIDUP, iaitu kedua-dua jiwa sama-sama hidup memberi dan
menerima kasih sayang, cabaran, kesusahan, tanggungjawab, amanah dan
sebagainya.
Perkahwinan
adalah medan yang payah.
Tolonglah, jangan ambil mudah.
Baik di pihak wanita, mahupun lelaki.
Pada masa
akan datang, saya akan menulis cara kita sepatutnya mengajar kepada anak
tentang perkahwinan. Biar anak lelaki kita tenang bahagia tanpa dosa di sisi
anak perempuan kita, biar anak perempuan kita, terbela terjaga di sisi anak
lelaki kita. Bukan nak suruh mereka kahwin atau faham apa itu kahwin di usia
muda, TETAPI UNTUK MEREKA FAHAM PERANAN MEREKA DI SEBALIK JANTINA YANG ALLAH
CIPTA. Ini tujuan Mariage Education dalam Islam.
Saya berpendapat,
ini adalah antara syllabus parenting antara yang paling kritikal untuk disentuh
pada zaman ini.
Saya tidak menulis
ini untuk membangkitkan gender war antara lelaki dengan perempuan. Tetapi
TERIMA DAN HADAPLAH, ini adalah REALITI YANG MENGGAULI MASYARAKAT kita pada
hari ini.
Selagi ianya
TIDAK BOLEH DIBICARAKAN SECARA TERBUKA DAN BERHEMAH SEBEGINI, selagi itu kita
tidak akan dapat mewujudkan kesedaran baru tentang HAKIKAT PERKAHWINAN BAGI
LELAKI DAN PEREMPUAN KINI.
Hakikat
perkahwinan tidak dapat difahami KECUALI kita terlebih dahulu memahami HAKIKAT
PERANAN sebagai seorang lelaki dan wanita.
Dan hakikat peranan
ini TIDAK BOLEH difahami, melainkan dengan jalan didikan yang betul sedari
anak-anak kita kecil lagi.
Kita tidak
boleh mengubah generasi lelaki yang sudah berkahwin pada hari ini, tetapi kita
BOLEH MENDIDIK DENGAN BAIK ANAK-ANAK LELAKI kita yang BAKAL MENJADI SUAMI dan
BAPA kepada anak-anak orang lain satu hari nanti. Kerana ini, saya menulis dan
berkongsi.
Selama ini,
dalam masyarakat kita, DIDIKAN KITA ADALAH BERPUSAT KEPADA ANAK PEREMPUAN. Kini
tak boleh lagi. Didikan kita harus dipusatkan dengan TEPAT DAN GIAT baik kepada
lelaki mahupun perempuan.
Bagi
perempuan yang membaca tulisan ini, kenali peranan anda untuk MULA MEMBERI
NASIHAT YANG BENAR DAN ADIL tentang perkahwinan kepada anak lelaki dan
perempuan kita.
Bagi lelaki
yang membaca, FOKUS KEPADA MEMBETULKAN salah faham ini yang banyak berlegar di
sekeliling kita, walau kita tidak terlibat sama. Kerana kita juga punyai anak
perempuan yang bakal kita serahkan kepada lelaki-lelaki lain.
Menjadi adalah tanggungjawab bersama untuk kita perbetulkan kepincangan ini.
Percayalah,
amat jelas bagi kami yang menghadap luahan masalah rumah tangga pada hari ini,
bahawa punca kepincangan yang berlaku adalah kerana KONFLIK TANGGUNGJAWAB YANG
BERLAKU DALAM KALANGAN GENERASI LELAKI DAN WANITA KITA PADA HARI INI.
Tulisan ini
bukan untuk kita ego mempertahankan diri, tetapi untuk kita sama-sama
bermuhasabah diri.
sumber: Peguam Syarie & Perunding Syariah
TAZKIRAH SENTAP UNTUK PASANGAN SUAMI ISTERI
Reviewed by SaiDin.S
on
May 02, 2019
Rating:
