Tequendama Falls & The Haunted Hotel
Salah satu tarikan pelancong utama di negara ini (Colombia ), Air Terjun Tequendama (atau Salto del Tequendama) adalah air terjun yang mempunyai ketinggian 515 kaki,terletak di Sungai Bogotá, kira-kira 18 batu di barat daya Bogotá di perbandaran San Antonio del Tequendama.
Hotel mewah Del Salto dibuka pada tahun 1928 untuk mengalu-alukan pelancong-pelancong yang kaya raya melawat kawasan Tequendama Falls. Terletak hanya bertentangan dengan air terjun dan di tepi tebing, ia dapat memberikan gambaran yang indah untuk para tetamu. Dalam beberapa dekad ini, sungai Bogotá telah tercemar dan pelancong secara beransur-ansur hilang minat mereka ke kawasan ini. Hotel ini akhirnya ditutup pada awal 90-an dan telah dibiarkan terbengkalai sejak itu. Hakikatnya,dulu ramai orang memilih tempat itu untuk membunuh diri, membuat orang lain percaya bahawa hotel ini dihantui .
Tequendama Falls & The Haunted Hotel
Reviewed by SaiDin.S
on
April 06, 2013
Rating: