Pesanan Untuk Wanita
Adik-adik perempuan, kakak-kakak dan teman-teman wanita yg dikasihi sekalian.
Dengar baik-baik.
Memandangkan tahap keselamatan dan murahnya nyawa manusia melebihi harga barang dan kos kehidupan, kak Fadh mahu semua kaum wanita pertingkatkan keselamatan diri.
1. Adik-adik perempuan, sila awalkan waktu usrah. Elakkan usrah tamat lewat malam yg memaksa adik-adik pulang lewat bersendirian.
2.Jangan pernah keluar rumah berseorangan tanpa teman, heret mak, roommate, abang, adik dan bapak sekali. Jangan heret suami orang,tunang atau teman lelaki..nanti jadi jenayah lain.
3. Cari alternatif meeting organisasi yg tidak melibatkan logistik , jarak yg jauh dan meeting selepas meeting yg habis lewat. Jika terpaksa juga bermesyuarat sehingga lewat, setiap kereta yg membawa ahli mesyuarat wanita, mesti diiringi pulang dengan sebuah kereta ahli mesyuarat lelaki bagi memastikan keselamatan ahli mesyuarat wanita.
4.Maklumkan kepada keluarga ke mana kalian pergi termasuk jika terpaksa menggunakan jamban awam, kerana jamban awam juga adalah crime scene. Tinggalkan nota jika tiada siapa di rumah/bilik. wassup dan sms.
5.Bawa senjata yg munasabah, pepper spray dan alatan lain. Belajar juga skil mempertahankan diri sedikit sebanyak. Pemerhatian awal, kebanyakan mangsa keganasan seksual meninggalkan tanda kepada penjenayah seperti gigitan, cakar dan lebam bagi membuktikan bahawa mereka telah sedaya upaya mempertahankan diri mereka daripada dicerobohi. Al Fatihah buat semua mangsa yg mempertahankan maruah mereka sehingga akhir hayat.
6.Pertingkat Ma'thurat sebagai pendinding! Minta pertolongan Allah selalu. Doa keluar rumah, doa dalam perjalanan dll, mesti diyakini!Minta mak doakan kita selamat pergi dan balik walau ke kelas, kerja dan musafir. Doa mak sangat mustajab.
7.Sistem Check in/out. Selalulah check in/out adik-adik perempuan kita, kakak, mak dan teman-teman kita. Kenal siapa kawan-kawan, keluarga, circle dan tempat hang out ahli keluarga kita juga kawan-kawan kita.
8.Nyawa kita lebih murah daripada ayam, keselamatan di tempat awam mesti dipertingkatkan. Jangan lalai ketika shopping, handbeg, duit cash dan anak-anak! Elakkan keluar dn berkunjung ke tempat awam yg ramai dengan membawa anak-anak. Duduk rumah, bersenam, makan, solat dan baca buku dengan anak-anak. Keluar jika perlu bukan ikut nafsu!
9. Our darlings...our precious daughters. Mulalah bincang maudhuk reproduktif dengan mereka. Sakit hati saya tatkala teman usrah mengkhabarkan anak muridnya seawal usia 9 tahun dicabul sepupunya yg berusia 10 tahun! seoang Anak memaklumkan kepada kami dia telah menjadi mangsa sodomi sejak usia 5 tahun. Pagi in Saya diamklumkan seorrang Kanak-Kanak perempuan berusia 4 tahun dirogol dengan sadis.
10. BAPA...peranan bapa mesti terus diperhebatkan. Bapa mesti hebat di mata anak-anak. Bapa mesti melaksanakan tugas dan anjuran modul Luqman. Bapa ini tunjang keluarga. Bapa tidak boleh hilang dalam kemelut kekeluargaan dan disibukkan dengan alasan kerja.
SUMBER : Fadhlina Sidek Sidek
Pesanan Untuk Wanita
Reviewed by SaiDin.S
on
October 26, 2017
Rating: