JOM URUT TAPAK KAKI SEBELUM TIDUR



Urut Kaki Sebelum Tidur Macam Ni Dan Rasakan Keajaibannya Esok Hari


Ada kajian yang mengatakan urutan kaki sebelum tidur mampu menjadikan badan anda lebih segar dan santai sekaligus mengurangkan risiko kekejangan di bahagian otot. Antara manfaat urut kaki sebelum tidur adalah seperti berikut.

1. Melancarkan Aliran Darah

Urutan di tapak kaki secara teratur dan konsisten mampu melancarkan aliran darah secara optimum.

Selain itu, aliran darah yang baik dan lancar membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan mengurangkan pengumpulan kolestrol dan lemak dalam darah.

Kepada pesakit diabetis, urutan pada kaki sekurang – kurangnya 20 minit sebelum tidur membantu dalam proses penyembuhan.

2. Mengatasi Masalah Migrain

Anda mempunyai masalah migrain atau sakit kepala ?

Kajian mendapati bahawa dengan melakukan urutan serta menekan bahagian tertentu pada tapak kaki mampu memulihkan beberapa penyakit termasuk migran.

3. Menurunkan Tekanan Darah

Satu lagi manfaat luar biasa dengan mengurut tapak kaki sebelum tidur adalam menurunkan tekanan darah.

Bukan sahaja menurunkan tekanan darah malah urutan yang lembut di kaki akan membantu menyegarkan tubuh menjadikan diri lebih tenang dan santai.

Terdapat kajian di mana ia menyatakan bahawa mengurut tapak kaki selama 10 minit sebelum tidur membantu tubuh merembeskan hormon yang mencetuskan perasaan cemas serta membantu mengatasi masalah lain termasuklah tekanan darah tinggi.



JOM URUT TAPAK KAKI SEBELUM TIDUR JOM URUT TAPAK KAKI SEBELUM TIDUR Reviewed by SaiDin.S on October 15, 2017 Rating: 5
ads
Powered by Blogger.